Tuesday, May 4, 2010

Nilai kasih Ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar“ pada mukasurat yang sama ditulisnya.

p/s: Klulah itu yang sebenarnya ditulis oleh si anak di atas kertas itu dan itulah juga yang disemat di hati sanubari si anak..maka sedarlah..si anak itu mungkin mengecapi nikmat syurga kelak..insyallah..

Firman ALLAH Taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri”. (Surah An-Nisa’, Ayat 036)

Saturday, May 1, 2010

JadilahHamba Yang Bersyukur

Anak-anakku.....
siapalah kamu
andai tidak tahu bersyukur
pada yang Esa....
apalah erti hidupmu
andai tidak tahu berterimakasih
pada ibu yang bersusah payah
mengandung dan melahirkan.
Sempena hari Ibu...
mohonlah keredhoan ibumu..
sujudlah pada yang Esa
tanda syukur
dikurniakan padamu
seorang ibu yang penyayang.