Friday, August 21, 2009

Pesanan Buat Anak-anak Tercinta

Ayuhai anak-anak tercinta.....
Bangunlah dari lenamu yang panjang
dibuai keseronokan dunia
dibuai mimpi-mimpi indah..
Sedarlah.....ayuh
tunaikan amanah Allah
yang terpikul atas pundak kalian..
perjalanan kita masih jauh
ilmu yang dicari baru secalit cuma
iman kita baru sebesar zarrah
syurga Allah masih belum nampak kelibatnya....
wahai anak...
rebutlah semuanya dalam bulan berkah ini...
RAMADHAN AL MUBARAK.

Monday, August 17, 2009











hujung minggu bersama anak-anak












H1N1

Wabak Influenza A H1N1 merupakan suatu ujian dan bala Allah swt.Bersamalah kita bertahajud dan tunaikan solat hajat agar Allah menjauhkan kita daripada bala ini...Di samping berdoa kita juga mestilah mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di antara garis panduan yang diberikan ialah:
1-Segera dapatkan rawatan jika merasa kurang sihat.
2-Minum air suam bagi mengelakkan sakit tekak.
3-Amalkan pemakanan seimbang dan rehat secukupnya.
4-Hindarkan stress kerana ia akan melemahkan sistem pertahanan badan.
5-Tutup hidung dan mulut jika anda bersin atau batuk.
6-Pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan.
7-Elakkan daripada berada di tempat awam.

Sunday, August 16, 2009

Salam Ramadhan......muga Ramadhan kali ini menjanjikan kita denga seribu rahmat dan maghfirah Allah swt.amin.....

Saturday, August 15, 2009

Perempuan

Jangan kau huraikan harum rambut
mayangmu
kepada lelaki bukan suamimu
kerana itu adalah rangsangan
yang amat pantas menyentuh nurani adam
maka tutuplah ia kembali
agar dengan itu
kau sebenarnya akan lebih kelihatan
manis sopan mulia.

zahari hasib-Teluk Intan