Monday, August 17, 2009

H1N1

Wabak Influenza A H1N1 merupakan suatu ujian dan bala Allah swt.Bersamalah kita bertahajud dan tunaikan solat hajat agar Allah menjauhkan kita daripada bala ini...Di samping berdoa kita juga mestilah mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di antara garis panduan yang diberikan ialah:
1-Segera dapatkan rawatan jika merasa kurang sihat.
2-Minum air suam bagi mengelakkan sakit tekak.
3-Amalkan pemakanan seimbang dan rehat secukupnya.
4-Hindarkan stress kerana ia akan melemahkan sistem pertahanan badan.
5-Tutup hidung dan mulut jika anda bersin atau batuk.
6-Pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan.
7-Elakkan daripada berada di tempat awam.

No comments:

Post a Comment